Friday, January 13, 2012

Removal of Dr Hasan Ali as State Exco

KENYATAAN AKHBAR
13 JANUARI 2012
TAKLIMAT KEPADA DYMM TUANKU SULTAN TENTANG STATUS YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI SEBAGAI AHLI MMKN.

Pagi tadi saya telah diperkenankan untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertarikh 10 Januari 2012 memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat YB Dato’ Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Memandangkan YB Dato Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi layak menjadi ahli MMKN dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau.

DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan akan menulis watikah pembatalan perlantikan YB Dato’ Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Perlantikan ahli MMKN yang baharu akan disempurnakan di Istana Kayangan pada Rabu minggu hadapan 18 Januari 2012.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

2 comments:

kftang said...

A painful thorn in the flesh for the Selangor state government has at last and finally been removed.The state government should move on without further 'distractions' from this former exco member!

Joshua Lopez said...

He deserved to go, Such A Dirty Man Of Highest Draconianism, Fanatism & Ignorance! He was The Cancer Of Selangor & Remain To Be One!